Tadabbur/Hadith of the week =)

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa."
(Az-Zukhruf: 67)

wan's =D

Quotes today =)

"Doa itu memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"

March 7, 2010

setiap.perkara.itu.ada.hikmah


moga Allah melindungimu..jaga diri ye =)

March 3, 2010

.Ya.Akhi.

Mungkin apa yang ku garapkan ini tidak sehebat Shakespears pada abadnya dahulu,
jauh sekali sebagai salah seorang panel Kamus Dewan berkulit 'hardcover merah' edisi ke-4,
tapi dengarlah wahai kawan,
ku tetap gagah menyingkap segala yang tersorok,
ingin benar ku merintih padamu,
mengenai segala apa yang ku hadapi ini,

Apabila pelbagai dugaan yang menempuh diriku selama ini,
tidak kisahlah yang indah atau parah,
semuanya membuatkan aku pening,aku keliru,aku keliru,dan keliru!
mengapa diberi ujian sebegini rupa?
ohh..penatnya..

Aku pun lantas teringat pada sepotong ayat alQuran ini yang berbunyi :

" Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya (dengan ujian demikian) Allah mengetahui orang2 yang benar beriman dan mengetahui orang2 yang berdusta "
(al-Ankabut : 3)

Fitrahnya seorang muslim yang terkial-kial untuk cuba memahami ayat suci di atas,
aku terasa dan terdetik bahawa diriku ini diuji demi mencungkil 'belang' dan 'bakat' ku yang sebenar..
jauh terpendam di lubuk nafsuku..
dimana, Sang Pencipta mahu melihat samada aku lari dariNya atau dekat padaNya,
adakah aku akan melutut mencurahkan airmataku meminta padaNya dengan hina,
atau,
berdiri bongkak memandang langit dan memaling daripadaNya...

Ketika ini barulah ku sedar,
daku banyak melupakan nikmat-nikmatMu ketika aku senang,
ku lupa padaMu!
ku lupa pada ayat-ayatMu!
ku lupa pada pesan nabiMu!
Astagfirullah!
betapa jauhnya diriku padaMu pada waktu itu..

Aku kecewa dengan diriku,
tiada usaha untuk bangun dari jatuhku,
sampai bila harusku hanyut?
sedarlah wahai pemegang panji Islam..
kau pemegang tanggungjawab,MURABBI, MUTARABBI, DAIE, MUJAHIDIN!!
dan apa lagi yang kau mahu?

N
amun, renungkanlah hadis ini :

" Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah masih berkenan menerima taubatnya itu "
(HR Muslim ; Kitab : zikir, doa, taubat, istigfar..no 2703)

sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
kau tidak percaya!?,mari aku ceritakan tentang sifat indah Allah ini dalam satu hadis lagi..

" Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan2 dan kejahatan2, lalu semua itu dijelaskanNya. Siapa bermaksud hendak melakukan kebaikan tetapi ia tidak jadi laksanakannya, Allah mencatat untuknya satu kebaikan. Siapa hendak melakukan kebaikan lalu ia pun melaksanakannya, Allah mencatat untuknya sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali bahkan sampai berlipat ganda yang tidak terhitung banyaknya. Siapa yang bermaksud berbuat kejahatan tetapi ia tidak jadi melaksanakannya, Allah mencatat untuknya satu kebaikan. Dan siapa yang bermaksud berbuat kejahatan lalu ia pun melaksanakannya, Allah mencatat untuknya satu kejahatan. "
(HR Al-Bukhari ; Kitab : kelembutan-kelembutan..no 6491)

subhanallah..
satu sahaja kejahatan kita yang dicatat..
apatah lagi kau sebagai manusia biasa,
hanyalah satu lagi ciptaanNya,
kau lah manusia yang sering lupa..

Ketika saat ini, ku bangun! ku sedar! ku bangkit!
tanggungjawabku sebagai salah seorang pemegang panji agama,
sebagai seorang yang akan menjadi pendokong kepada kemenangan Islam! (as-Saff : 14)
bukan hanya sebagai penonton, pemerhati atau pendengar,
tetapi PENDOKONG!

UntukMu ya Rabb,
ku bersyukur padaMu,
setitik hidayahMu yang diberikan padaku,
amat bermakna,
ya Rahman,jauhilah aku dari lalai dan lupa,
jauhilah aku dari bersifat duniawi semata-mata,
tsabatkanlah diriku pada jalanMu,
bukakanlah pintu hatiku yang telah sekian lama tertutup,
hanya padaMu ku pohon,
Ya Allah, Yang Maha Esa dan Yang Maha Kuasa........

=) Amin ya Rabbal Alamin~



sahabatmu,

February 17, 2010

.Jaulah.Besancon.

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti =)

Alhamdulillah,ana bru je pulang dri besancon..sebuah jaulah yg diadakn berhadafkn ikatan ukhwah..hehe..utk antum sume,jaulah tu bole dkatekn sbgi satu "trip" dimana kami,student2 malaysia akn jalan2 bsama disamping mengeratkn lg hubungan silaturrahim sesama sendiri..semua student dri seluruh France akn bkumpul dan bmesra bersama2..hehe..seronok bukan~? ;)

Bertujuan membina Individu Muslim, jaulah ini menepati salah satu sifat muwassafat tarbiyyah iaitu - luas pengetahuan(Mutsaqqafal Fikri)..pernah ana cerita sedikit sebanyak mengenai sifat dalam muwassafat tarbiyyah ini di entry terdahulu..bole click link ini ~> Muwassafat Tarbiyyah =)

Alhamdulillah,dpt ana berjumpa dgn rakan2 dari Nice,Toulon yg dimana mereka slalu susah untuk dijumpai~ :p
hehehe..syukur,kali ini kami dberi peluang olehNya utk bersama2 berkumpul dan mentaddabur alam ciptaanNya yg mengagumkn! =D

InsyaAllah, mungkin satu hari akan kite bwat jaulah di Malaysia dan menikmati alam di tanah air sendiri..setelah puas bermain ski disini, sudah tentu hati ini rindu pada tanah air (^_^)

Sekian sahaja..barakallah wa syukran =) moga Allah eratkn lagi hubungan antara kite ya akhi..amenn

p/s buat dirimu syazwan : genggamlah Islam umpama kamu menggenggam bara api..moga Allah melindungi dirimu dari hasutan syaitan..
( ana bermain disalji memutih =) alhamdulillah~ )

January 27, 2010

.maaf.kan.ku.

Assalamualaikum akhi wa anti =)

~Bismillahirrahmannirrahim~

alhamdulillah, slps bpe minggu exam and sem 2, dpt jgk sy hinggap jgk kt keyboard ni..pertama2 kali, serumpun doa kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, ibu bapa serta antum sume..xlupe jge, arwah kamal che razali, semoga Allah tempatknnya dlm golongan org2 soleh..insyaAllah..

syukur slps bbrape minggu exam n starting sem 2, dpt jgk hinggap di keyboard ni..jadual harian yg amat padat xmmbnrkn tgn ni berlari2 utk menaip ape yg tlh lame dipkirkn..sudah lame dri ini merenungkn mengenai kehidupan dan kematian..xbrmksd yg dri ini sudah bsedia nk mati..tidak~

"da byk ke pahala nk mati?"tanye sorg shbt..hehe.."blom~"jwb dri..

Walhal, kite pn tahu soalan pertama imam al-Ghazali kpd ank murid nye :
"apakah bende yg paling dkt dgn kite?"
"ibu bapa?" jwb si anak murid..
"tidak ankku..ketahuilah, ianya ajal" jawab imam..

Peristiwa hari tu membawa byk pengajaran utk dri ku..ku persoalan dri ini ;

" aku dah ready ke nk mati?, cukup ke manfaat aku beri kpd jalanNya?, sediakah meninggalkn rakan seperjuangan?, sediakah tinggalkn org tsyg? "

"ouhh..blom~" rintih hati kecil ku..

Sukar bg ku untuk menerima situasi diri ku sekarang..aku masih blom mantap berbanding rkn2 di Palestin..masih leka dimamah keindahan duniawi..aku risau aku menjadi beban utk semua..sungguh, aku ttp mahu berada jalan jln yg menuju Yang Satu..tp, iman ku bergolak, setiap masa! celaka engkau syaitan kenapa kau bole bersungguh2 menjatuhkn aku..sedang diri ini~xkuat melawan kalian..

"A'au zubillah hissami' il alimi minashaitonnirrajim.."

merupakan secebis ayat yg dibace selepas bangun tido..mudah-mudahan dilindungi dri hasutan syaitan dr awal pagi hingga petang hari..insyaAllah =)

So anyway, ape2 pn yg berlaku, kte telah disuruh untuk terus meminta pertolongan drpdNya..kte xbole lari drpd meminta pertolongan drpd sesiapa..so, He's the best place =)

Jadi, seperti biase, kite bole continue kpd HADITH 2 (Islam, Iman, Ihsan)


Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

" Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya... Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:

Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya
.

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau... Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya :
Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau...

Dia berkata lagi
: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. "


( HR Muslim no 9 - 10)


Alhamdulillah..hadith yg digelar ibu segala hadith..mengapa ibu segala hadis?~ dripada ape yg kite tgk soalan2 yg ditanya oleh pemuda itu kpd rasulullah, byk isi yg kte bole nmpk..okeh..kte huraikn satu2 mengikut urutan soalan yg ditanyakn kpd Baginda =)

Soalan 1 :
" Terangkn pd aku mengenai Islam... "
~> jd drp penerangan Rasulullah, kte nmpk teras utama dlm agama kite, iaitu rukun Islam..sekiranya diri ini masih lg islam, kte dtuntut melaksanakn kesemuanya..sans cesse(non-stop)..bg sape yg mampu bole la rajin2 terbang menunaikn haji =)

Soalan 2 :
" Terangkn pd aku mengenai Iman... "
~> Penerangan Rasulullah kali ini meliputi perihal kita seharian..rukun Iman, sekiranya x dipenuhi, tidak akn ssorg itu dkire cukup iman nye..yang pasti kesemuanya harus dipenuhi..itulah kewajiban setiap muslim..without iman, hati ini akn gelap dr cahayaNya..mahukah? =) tepuk dada, tanya iman..

Soalan 3 :
" Terangkan pd aku mengenai Ihsan... "
~> Ihsan merupakn satu jenis perasaan dimana ssorg itu apabila menunaikn ibadah, hatinya tenang, rasa kesyukuran yg xterhingga..atau maksud dari segi bahasanya 'baik'
Ihsan ni bole dipraktikkn mane2 je..tp yg first, ihsan pada Allah..ape yg dimaksudkn kt sni adalah, kte harus laksanakan satu ibadah itu seperti mana kita tahu bahawa Allah sedang melihat kita solat ddepanNya.. Ihsan2 lain pulak adalah spt ihsan pd manusia dan jge binatang.. terhadap manusia ; emm..xperlu hurai kot..antum lebih arif mengenai teman masing2 =)

ok la..sy tangguh dlu smpi sni..jmpe lg..insyaAllah =)


'hanya dengan mengingati Allah hati akn tenang'

ayat 28 ; Surah ar-Ra'du





"aku manusia lemah, berilah aku tunjuk ajar bersama kesabaran..hanya tuhan Maha Mengetahui"
-salam ikhlas dariku-



December 13, 2009

.ingin.

.ku PERGI sebentar.
=)



hadith 40 will b continued afta i returned..if so~ insyaAllah