Tadabbur/Hadith of the week =)

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa."
(Az-Zukhruf: 67)

wan's =D

Quotes today =)

"Doa itu memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"

June 2, 2010

.lelaki.yang.benar.benar.kuat.

Dear syazwan,


“Aku tengok Danny tu makin teruk la sejak dia berpisah dengan Najwa..”

“kenapa?”

“Yelah..dulu kalau Najwa ada,,boleh tolong nasihatkan dia sikit..”

Banyak cantik.

Senang betul pemikiran lelaki zaman sekarang.

Seorang lelaki,akan jadi ‘baik’ kalau ada awek disampingnya

Atau, seorang perempuan, akan menjadi asbab perubahan seorang pria yang sepi.

Apa neraca perubahan kita? Rabbani? Manusiawi?

“Hrm..tapi kalau aku cakap dengan Najwa pun..tak ada gunanya kan..”

“ye aku tau..”

Tau takpe.

“Sebab bukan ada tanggungjawab apa pada dia.. kalau perempuan yang menasihat ni, lain macam jadinya.Aku rasa, lebih baik kalau kawan2 lelaki sendiri yang tegur..”

Unit kecil bernama usrah

Satu unit kecil, dibentuk oleh orang2 yang besar jiwanya.. dibina oleh individu2 yang kental cita-citanya..
Yakni, membentuk individu muslim yang beriltizam dengan islam.. membina rijal yang akan mendokong sebuah dakwah di jalan Allah, sebagai penyambung generasi ummah dalam perjalanan menuju ustaziyatul alam.
Mereka ini, adalah individu yang mujahadah nya tinggi melawan nafsu dunia. Tarikan gravity bumi tidak sekali melemahkan tenaganya untuk turbo ke kerajaan langit, lantas melihat dunia dari jendela akhirat!
Adanya murabbi..untuk sentiasa menegur.Dialah bapa untuk dicurahkan kasih sayang, dia jugalah syeikh yang menyuapkan makanan ruh, dia ustaz yang menta’lim, dia juga sebagai pemimpin yang menunjuk ajar.
Murabbi itu,berlegar di hati.. bukan di akal sahaja.
Kerana tarbiyah kita,adalah tarbiyah hati. Hati yang di dalamnya ada iman. Iman yang dapat melawan perkara yang disukai oleh nafsu.

"Dan buatkanlah untuk mereka,perumpamaan kehidupan dunia ini,ibarat air (hujan) yang Kami turunkan dari langit,sehingga menyuburkan tumbuh-tumbuhan di bumi,kemudian (tumbuhan itu) menjadi kering yang diterbangkan oleh angin.. "
(Al-kahf : 45)

Usrah…bukanlah sekadar duduk-duduk dan berbincang kesalahan orang lain, juga bukan hanya dihadiri kerana hormatkan ‘senior’, tidak pula membuahkan amal. Malah, setelah naqib tiada, masing2 membawa hala tuju sendiri..hanyut…sepi….gersang……

“Aku nak berhenti merokok”

“Betul,kau kena mujahadah..”

“Ha’ah..tengah cuba lah ni”

“Lelaki ni kan, kalau mujahadah pun tak lepas…tak kuatlah”

-diam-

“Ish, tajam sungguh kata-kata kau ni”


Mujahadah melahirkan seorang rijal

Apa yang menjadikan seorang lelaki itu kuat?

Dia pelari pecut 100m secepat 9.58 sec? (eh,ni macam Usain Bolt)

Dia striker team futsal? Atau defender mungkin?

Dia yang patahkan papan dalam taekwondo?

Dia hafal semua jurus silat & kombat, bertali pinggang harimau cula tiga?

Namun…

Ketika bermujahadah untuk berhenti merokok.. dialah yang pertama katakan ‘susahlah…’

Janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri 2;195

Ketika diajak teman rapat untuk clubbing dan melepak di kelab snuker..

Dialah yang paling cepat angkat tangan


Dari Abu Hurairah r.a katanya: ” Telah bersabda Rasulullah SAW : ” Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya. “


Ketika dirinya bersendirian tanpa teman perempuan, atau ketika dia putus cinta…

Dia gersang, hilang arah.. ditangisi nasib bak anak2 kecil..

Hilanglah dunianya…

Hilanglah nafasnya..

Hilanglah kekuatannya…

Ketika melintas seorang wanita dihadapannya, hampir terkeluar bola matanya mengintai!

Rasulullah yang mulia dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, di mana beliau bersabda, “Tidak pernah kutinggalkan sepeninggalku godaan yang lebih besar bagi kaum lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari Muslim)


Apa macam? Anda rasa anda kuat?macho?


Mujahadah dah lepas?

Bapak-bapak seaqidah…

Muslimah memerlukan seorang lelaki yang soleh untuk membentuk dirinya. Lelaki yang juga seorang rijal, yang mujahadahnya mantap.. ruhbanu billayl, fursanu bin nahar..

Bukannya kami yang perlu membentuk diri kalian.

Bukannya hanya kami yang berusaha ditarbiyah, kalian hanya mencedok hasil tarbiyah kami..

Bila nakkan isteri nak yang solehah saja…

Beginilah, muhasabah diri kita..

Tarik nafas..buang ego jauh2…

Kembali pada unit kecil tadi..usrah.

Bentuk keluarga anda sendiri.. ya,keluarga yang semuanya lelaki.

Jalinkan ukhuwwah islamiyah yang mantap

Saling tegur menegur..saling bermujahadah menjadi lelaki yang BENAR-BENAR KUAT

Dan kami akan memanggil anda ikhwah..

Da’i di jalan Allah

Soleh wa mosleh

Selamat bermujahadah

wassalam...


renungkanlah syazwan =)
-jzkk pd pemberi renungan ni-

March 12, 2010

March 7, 2010

setiap.perkara.itu.ada.hikmah


moga Allah melindungimu..jaga diri ye =)

March 3, 2010

.Ya.Akhi.

Mungkin apa yang ku garapkan ini tidak sehebat Shakespears pada abadnya dahulu,
jauh sekali sebagai salah seorang panel Kamus Dewan berkulit 'hardcover merah' edisi ke-4,
tapi dengarlah wahai kawan,
ku tetap gagah menyingkap segala yang tersorok,
ingin benar ku merintih padamu,
mengenai segala apa yang ku hadapi ini,

Apabila pelbagai dugaan yang menempuh diriku selama ini,
tidak kisahlah yang indah atau parah,
semuanya membuatkan aku pening,aku keliru,aku keliru,dan keliru!
mengapa diberi ujian sebegini rupa?
ohh..penatnya..

Aku pun lantas teringat pada sepotong ayat alQuran ini yang berbunyi :

" Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya (dengan ujian demikian) Allah mengetahui orang2 yang benar beriman dan mengetahui orang2 yang berdusta "
(al-Ankabut : 3)

Fitrahnya seorang muslim yang terkial-kial untuk cuba memahami ayat suci di atas,
aku terasa dan terdetik bahawa diriku ini diuji demi mencungkil 'belang' dan 'bakat' ku yang sebenar..
jauh terpendam di lubuk nafsuku..
dimana, Sang Pencipta mahu melihat samada aku lari dariNya atau dekat padaNya,
adakah aku akan melutut mencurahkan airmataku meminta padaNya dengan hina,
atau,
berdiri bongkak memandang langit dan memaling daripadaNya...

Ketika ini barulah ku sedar,
daku banyak melupakan nikmat-nikmatMu ketika aku senang,
ku lupa padaMu!
ku lupa pada ayat-ayatMu!
ku lupa pada pesan nabiMu!
Astagfirullah!
betapa jauhnya diriku padaMu pada waktu itu..

Aku kecewa dengan diriku,
tiada usaha untuk bangun dari jatuhku,
sampai bila harusku hanyut?
sedarlah wahai pemegang panji Islam..
kau pemegang tanggungjawab,MURABBI, MUTARABBI, DAIE, MUJAHIDIN!!
dan apa lagi yang kau mahu?

N
amun, renungkanlah hadis ini :

" Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah masih berkenan menerima taubatnya itu "
(HR Muslim ; Kitab : zikir, doa, taubat, istigfar..no 2703)

sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
kau tidak percaya!?,mari aku ceritakan tentang sifat indah Allah ini dalam satu hadis lagi..

" Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan2 dan kejahatan2, lalu semua itu dijelaskanNya. Siapa bermaksud hendak melakukan kebaikan tetapi ia tidak jadi laksanakannya, Allah mencatat untuknya satu kebaikan. Siapa hendak melakukan kebaikan lalu ia pun melaksanakannya, Allah mencatat untuknya sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali bahkan sampai berlipat ganda yang tidak terhitung banyaknya. Siapa yang bermaksud berbuat kejahatan tetapi ia tidak jadi melaksanakannya, Allah mencatat untuknya satu kebaikan. Dan siapa yang bermaksud berbuat kejahatan lalu ia pun melaksanakannya, Allah mencatat untuknya satu kejahatan. "
(HR Al-Bukhari ; Kitab : kelembutan-kelembutan..no 6491)

subhanallah..
satu sahaja kejahatan kita yang dicatat..
apatah lagi kau sebagai manusia biasa,
hanyalah satu lagi ciptaanNya,
kau lah manusia yang sering lupa..

Ketika saat ini, ku bangun! ku sedar! ku bangkit!
tanggungjawabku sebagai salah seorang pemegang panji agama,
sebagai seorang yang akan menjadi pendokong kepada kemenangan Islam! (as-Saff : 14)
bukan hanya sebagai penonton, pemerhati atau pendengar,
tetapi PENDOKONG!

UntukMu ya Rabb,
ku bersyukur padaMu,
setitik hidayahMu yang diberikan padaku,
amat bermakna,
ya Rahman,jauhilah aku dari lalai dan lupa,
jauhilah aku dari bersifat duniawi semata-mata,
tsabatkanlah diriku pada jalanMu,
bukakanlah pintu hatiku yang telah sekian lama tertutup,
hanya padaMu ku pohon,
Ya Allah, Yang Maha Esa dan Yang Maha Kuasa........

=) Amin ya Rabbal Alamin~



sahabatmu,

February 17, 2010

.Jaulah.Besancon.

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti =)

Alhamdulillah,ana bru je pulang dri besancon..sebuah jaulah yg diadakn berhadafkn ikatan ukhwah..hehe..utk antum sume,jaulah tu bole dkatekn sbgi satu "trip" dimana kami,student2 malaysia akn jalan2 bsama disamping mengeratkn lg hubungan silaturrahim sesama sendiri..semua student dri seluruh France akn bkumpul dan bmesra bersama2..hehe..seronok bukan~? ;)

Bertujuan membina Individu Muslim, jaulah ini menepati salah satu sifat muwassafat tarbiyyah iaitu - luas pengetahuan(Mutsaqqafal Fikri)..pernah ana cerita sedikit sebanyak mengenai sifat dalam muwassafat tarbiyyah ini di entry terdahulu..bole click link ini ~> Muwassafat Tarbiyyah =)

Alhamdulillah,dpt ana berjumpa dgn rakan2 dari Nice,Toulon yg dimana mereka slalu susah untuk dijumpai~ :p
hehehe..syukur,kali ini kami dberi peluang olehNya utk bersama2 berkumpul dan mentaddabur alam ciptaanNya yg mengagumkn! =D

InsyaAllah, mungkin satu hari akan kite bwat jaulah di Malaysia dan menikmati alam di tanah air sendiri..setelah puas bermain ski disini, sudah tentu hati ini rindu pada tanah air (^_^)

Sekian sahaja..barakallah wa syukran =) moga Allah eratkn lagi hubungan antara kite ya akhi..amenn

p/s buat dirimu syazwan : genggamlah Islam umpama kamu menggenggam bara api..moga Allah melindungi dirimu dari hasutan syaitan..
( ana bermain disalji memutih =) alhamdulillah~ )

January 27, 2010

.maaf.kan.ku.

Assalamualaikum akhi wa anti =)

~Bismillahirrahmannirrahim~

alhamdulillah, slps bpe minggu exam and sem 2, dpt jgk sy hinggap jgk kt keyboard ni..pertama2 kali, serumpun doa kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, ibu bapa serta antum sume..xlupe jge, arwah kamal che razali, semoga Allah tempatknnya dlm golongan org2 soleh..insyaAllah..

syukur slps bbrape minggu exam n starting sem 2, dpt jgk hinggap di keyboard ni..jadual harian yg amat padat xmmbnrkn tgn ni berlari2 utk menaip ape yg tlh lame dipkirkn..sudah lame dri ini merenungkn mengenai kehidupan dan kematian..xbrmksd yg dri ini sudah bsedia nk mati..tidak~

"da byk ke pahala nk mati?"tanye sorg shbt..hehe.."blom~"jwb dri..

Walhal, kite pn tahu soalan pertama imam al-Ghazali kpd ank murid nye :
"apakah bende yg paling dkt dgn kite?"
"ibu bapa?" jwb si anak murid..
"tidak ankku..ketahuilah, ianya ajal" jawab imam..

Peristiwa hari tu membawa byk pengajaran utk dri ku..ku persoalan dri ini ;

" aku dah ready ke nk mati?, cukup ke manfaat aku beri kpd jalanNya?, sediakah meninggalkn rakan seperjuangan?, sediakah tinggalkn org tsyg? "

"ouhh..blom~" rintih hati kecil ku..

Sukar bg ku untuk menerima situasi diri ku sekarang..aku masih blom mantap berbanding rkn2 di Palestin..masih leka dimamah keindahan duniawi..aku risau aku menjadi beban utk semua..sungguh, aku ttp mahu berada jalan jln yg menuju Yang Satu..tp, iman ku bergolak, setiap masa! celaka engkau syaitan kenapa kau bole bersungguh2 menjatuhkn aku..sedang diri ini~xkuat melawan kalian..

"A'au zubillah hissami' il alimi minashaitonnirrajim.."

merupakan secebis ayat yg dibace selepas bangun tido..mudah-mudahan dilindungi dri hasutan syaitan dr awal pagi hingga petang hari..insyaAllah =)

So anyway, ape2 pn yg berlaku, kte telah disuruh untuk terus meminta pertolongan drpdNya..kte xbole lari drpd meminta pertolongan drpd sesiapa..so, He's the best place =)

Jadi, seperti biase, kite bole continue kpd HADITH 2 (Islam, Iman, Ihsan)


Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

" Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya... Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:

Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya
.

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau... Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya :
Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau...

Dia berkata lagi
: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. "


( HR Muslim no 9 - 10)


Alhamdulillah..hadith yg digelar ibu segala hadith..mengapa ibu segala hadis?~ dripada ape yg kite tgk soalan2 yg ditanya oleh pemuda itu kpd rasulullah, byk isi yg kte bole nmpk..okeh..kte huraikn satu2 mengikut urutan soalan yg ditanyakn kpd Baginda =)

Soalan 1 :
" Terangkn pd aku mengenai Islam... "
~> jd drp penerangan Rasulullah, kte nmpk teras utama dlm agama kite, iaitu rukun Islam..sekiranya diri ini masih lg islam, kte dtuntut melaksanakn kesemuanya..sans cesse(non-stop)..bg sape yg mampu bole la rajin2 terbang menunaikn haji =)

Soalan 2 :
" Terangkn pd aku mengenai Iman... "
~> Penerangan Rasulullah kali ini meliputi perihal kita seharian..rukun Iman, sekiranya x dipenuhi, tidak akn ssorg itu dkire cukup iman nye..yang pasti kesemuanya harus dipenuhi..itulah kewajiban setiap muslim..without iman, hati ini akn gelap dr cahayaNya..mahukah? =) tepuk dada, tanya iman..

Soalan 3 :
" Terangkan pd aku mengenai Ihsan... "
~> Ihsan merupakn satu jenis perasaan dimana ssorg itu apabila menunaikn ibadah, hatinya tenang, rasa kesyukuran yg xterhingga..atau maksud dari segi bahasanya 'baik'
Ihsan ni bole dipraktikkn mane2 je..tp yg first, ihsan pada Allah..ape yg dimaksudkn kt sni adalah, kte harus laksanakan satu ibadah itu seperti mana kita tahu bahawa Allah sedang melihat kita solat ddepanNya.. Ihsan2 lain pulak adalah spt ihsan pd manusia dan jge binatang.. terhadap manusia ; emm..xperlu hurai kot..antum lebih arif mengenai teman masing2 =)

ok la..sy tangguh dlu smpi sni..jmpe lg..insyaAllah =)


'hanya dengan mengingati Allah hati akn tenang'

ayat 28 ; Surah ar-Ra'du





"aku manusia lemah, berilah aku tunjuk ajar bersama kesabaran..hanya tuhan Maha Mengetahui"
-salam ikhlas dariku-



December 13, 2009

.ingin.

.ku PERGI sebentar.
=)



hadith 40 will b continued afta i returned..if so~ insyaAllah

December 2, 2009

Hadis 40 daripada Rasulullah SAW

Assalamualaikum ya Akhwat wa Ukhti =)

Semoge antum sume berade dalam keredhaanNya..sebelum tu~:) nk tnye sket la..ape kabar iman di dada? mantap?sederhana?atauuu makin berkurangan?nauzubillah~
TAPI!!ana yakin sume2 hebat belaka..kn2??..hehe..
So btw, for diz post, ana nk kongsi ngan antum sume pasal hadith 40 yg kdg2 kite terdengar tapi tidak sedar akn kepentingannya..Hadith2 ni actually merupakn usaha penat lelah susunan Imam an-Nawawi..banyak beliau telah berkorban demi kepentingan umat Islam..xkn kite nk sia2kn usahanya?kn?..
Jadi InsyaAllah, ana akn letakkn 1 hadith utk each post bersama2 sedikit sebyak huraian nya buat tatapan rohani antum semua..insyaAllah(^_^)

Jadi, ana al-start dlu dgn HADITH 1 ( Niat )..

Dari Amirul Mukiminin Abi Hafsh Umar bin Khattab ra. berkata, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda ;

" Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya ker
ana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

(HR Muslim, hadis no 1908)

Fadhilat hadis ini mengajar setiap insan di bumi Allah ini untuk berniat baik sebagaimana yg kite ketahui bhwa niat merupakn core kepada perbuatan kita..xguna jugak if perbuatan baik tp niat buruk..n apatah lg sebaliknya..kn?
jadi, walaupun nmpk remeh, antum tmsk ana harus igt bhwa, niat ni yg akn menentukn pahala dosa kite..sudah semestinya kite harus berniat utk mmbuat sesuatu perkara tu kerana Allah..BUT! sesetgh pasti tertnya2.."xkn nk buang air pn nk niat krn Allah?"..jd jwpn nyer~ apa yg dimaksudkn "niat krn Allah" adalah kite berniat utk mmbuat sesuatu perkara yg btul2 mengikut suruhanNya dan bukan laranganNya..xsusah pn..pkir baik je..yg xelok xyh la bwat..so xde la terpikir niat buruk kn?
however, JGN LUPE!!syaitan sentiasa bisik di telinga kite..dan tidak sesekali pula niat menghalalkn cara..sekian..Jazakallah buat masa ini..kite bjumpe lg for da next post..insyaAllah! ;)


November 24, 2009

....

mungkin kerana byk laranganMu telah ku amalkan..ku berhak memiliki kesedihan yang melumpuhkan diri ini..
jentiklah petunjuk pada diriku wahai Sang Pencipta~

....

hatiku gusar~

November 21, 2009

b.u.a.t m.u s.a.h.a.b.a.t

Sahabat,
Cintaku padamu belum pernah sempurna sampai bila-bila,
selagi cintaku padaNya dan rasulNya belum melebihi cintaku padamu..

Sahabat,
Biarpun pahit getir perjalanan kita, penuh dengan drama2 lakonan syaitan,
mari kita telan dgn penuh rasa sabar dan ikhlas hanyalah demi Yang Pencinta..

Sahabat,
Pabilaku berdiam, bukan bermaksud ku membencimu,
tapi dgn diam itulah, ku menahan permainan 'marah' syaitan..

Sahabat,
Ku tahu hatimu sentiasa terdetik menanyakn mengapa ku sggp memplakukanmu sebegitu,
tetapi percayalah, jauh di dasar hati ku,niat yang ikhlas kerana ku sayangkan mu..

Sahabat,
ketahuilah,kemanisan di dalam hidup ini hanya tercapai dgn tercapainya kemanisan iman......

~ Mencintai Allah dan rasul lebih dari segala2nya ~
~ Mencintai seseorang hanya demi Yang Maha Esa ~
~ Membenci ssuatu pkara sbgimna bencinya dilontarkn ke dlm lurah Neraka ~

ketahuilah juga,ku akan sentiasa bersamamu hingga akhir hayat ku..insyaAllah..
assalamualaikum ya sahabat....

:)

November 11, 2009

d.o.a.

Ku sujud berdoa padaMu wahai Penguasa Alam~

-maafkn dosa2ku, dosa kedua ibubapaku, dosa guru2ku, dosa rakan2ku & dosa kaum muslimin tdahulu
-berikanlah aku petunjuk serta jalan menuju secebis keredhaMu
-biarkan diriku berseorangan bersedih keran
aMu
-jauhkan diriku dari tipu daya syaitan & nafsuku yg tidak henti2 menepuk lembut bahuku
-berikan aku kewarasan menentukan yg Haq & yg Batil

sesungguhnya aku hambaMu yg lemah,hina dan terkapai2 mencari erti sebuah kehidupan..
setelah sekian ku kehilangan pedoman

bawalah aku ke pangkal jalanMu.......



September 28, 2009

wahai....

wahai tuan badan ,
* bilakah engkau mahu mengerti erti sebuah perjuangan~?
* bilakah engkau mahu mendalami suruhanNya kepadamu~?
* bilakah engkau memberikan yg terbaik kepadaNya selepas engkau memberikannya kpd insan2 lain~?
* bilakah engkau mahu mengerti yang masamu kian memendek~?
* bila kali terakhir kamu bersedih kepadaNya~?

-tiada satu pun boleh terjawab-

sungguh! engkau masih tidak faham apa itu erti PENGORBANAN

Wahai Yang Mengetahui dan Yang Mulia berikan aku sinar hidayahMu yang membawa aku ke jalan yang lurus..Ameen~

September 11, 2009

d.e.m.i~

Demi,
org yg kite syg..
sumenye sggp bwat,
janji sume tepat,

tggu berjam pn takpe,
nyawa sggp digadai,
tak jemu dok in
gt,
setiap hr kalo bole nk kasi hadiah,

minx maaf berulang kali,
kalo gado ngs smpi bengkak mate,
kerana rasenye dier la yg tercipta utk kite..

Tapi..
utk Pencipta yg mencipta org yg kite syg,
bnyk je alasn kalo lwtkn solat,
janji yg diikrar sblm tgk dunia ni x pernh
diigt,
duduk kt tikar sembhyg tak smpi 5 minit,
utk berjuang
di jalanNya pkir 1000 kali,
ble ssh br nk igt,
bole kire bp kali je bersyukur,
nk bertaubat sthn skali,
bwat dose relax aje...


Kesimpulannye...
tanpa kasihNya tiadalah barakah hidup,
tanpa barakahNya tiadalah bererti hidup ini
.

Maka,pentingkan yg Mencipta dr yg dicipta....

- taken from/by mis na -



July 31, 2009

(^_^)

Alhamdulillah =)
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Pengasih



July 30, 2009

~

hmmmm =(

Yang Pemurah tabahkn aku ye..




July 11, 2009

s.a.y.o.n.a.r.a =)

assalamualaikum!~ =)

Alhamdulillah...tamat da bljr kt blois ni..syok jgk dok sni..byk kngn yg masyukkk~
hehehe...ok la sume..a special thanx credited to our be loved profs!~
Au revoir!~ =)



June 11, 2009

.a.dot.



ramai...tapi ku kosong~

..Maha Penyayang, temanlah aku..


June 2, 2009

I.n.d.i.v.i.d.u.M.u.s.l.i.m

Assalamualaikum!~ =)

pnh x dgr ape itu individu muslim? =)
macam modal insan jerr~~hehehe..anwy, actually it's a quite a same things but of coz, kite ader element2 n penyerapan nilai2 murni islam..as we know,islam itu lengkapkn?~every tindak tanduk kite, ader hikmah nyer..evnthough klu kite terpeleoooot ke,terjatuh ke,sume2 ader sbb..hehehe..menarikkan?so let us tgk pic kt bwh ni --->


10 Muwasafat Tarbiyyah


haaaa~~anda sume phm x setiap ciri-ciri tu?hehehe..sbnr nyer, 10 muwassafat tarbiyyah ni merupakan ciri-ciri seorng individu muslim..okey,skang mari kite korek sebijik2 n seketul2..hahaha..ALLEZ-HOP AU BOULOT(jom2 wat kerje)!!~ =)

1ere : Akidah yang sejahtera
- akidah yg sejahtera~~???hmmm...ape mksd nyer!?ha~klu adek2 nk tau :p, dalam kehidupan harian ni klu bole,kite kne sentiasa amalkn bnde2 baik..bukan nyer poyo~tp,kite kne pilih..antare baik@buruk..btol x??hehehe..lgpn dgn mnunjukkn cnth yg baik,kte bole memberi teladan yg baik..tambahan lagi, mnunjukkn teladan yg baik tu pun dikire berdakwah tau(dakwah fardiyyah name nyer)!~ =)
senangkn??


2eme : Ibadah yang sahih
- ha!~yg ni semua makhluk pn tau..even pokok pn!~semua ciptaanNya diharuskn utk taat kepadaNya..setiap jua pekerjaan kite merupakan ibadah..yakni kite berniatkn pekerjaan itu kerana Allah Taala..tambahan lagi, kekhusyukan solat itu jge penting..agar, ibadah kita yg lain juga diterima n hidup kita ini dpenuhi dgn cahaya2 nur petunjuk yg bgemerlapan dari Allah S.W.T..incha'Allah =)

ampunkn kami yaAllah =)


3eme : Akhlak yg mantooop :p
- no doubt yg diz one actually berkaitan juga dgn yg 1st td 2..cume disini adalah di'strees'kn skali lagi supaye sbgi seorg muslim, akhlak kita amat penting utk dijage..kerana, ape yg kite bwat akan dipersoalkn oleh org2 lain..example, masyarakat kafir mempersoalkn keteguhan islam apabila dorg tgk lelaki2 n prmpn2 islam berpakaian mcm Carla Bruni versi 'sopan skit'..golongan2 muslim mcm ni la yg kte pggl muslim "golongan 1" iaitu ; muslim yg pada namanya saja tp tidak sama skali melaksanakn tuntutan agama...nauzubillah~
p/s : org french ni ske bogel kdg2..hehe

4eme : Luas pengeta
huan
- aku teringat 1 pepatah ni.."belajarlah sampai ke negara Chin
a"...hehehe..nape smpi negare China ek??sbnr nyer,bwat pengetahuan korg,negara China dahulunya dianggap negara yg palingggggggggggggggggg jauh skali..sehinggakn seekor unta itu memerlukan 100ribu gelen air(1 gelen = 1 liter)..eh btol ke ni?~hehehe..ok2 berbalik kpd point asal..dgn menguasai sebyk2 ilmu, sdh tentukn kita akn lebih peka terhdap ape yg jd sekeliling kte sekaligus menjadikan kte lebih bersedia utk menyelesaikn masalah yg melanda Agama,Bangsa,dan Negara!!..jgn biarkn diri kte dan agama kite ditindas mentah2 oleh "penjajah2"!!
igt wahai kwn2 :


"wahai orang yg berselimut,bangunlah! Lalu berikanlah peringatan!"
-al-Mudass
ir : 1&2-

"xkn melayu hilang di dunia"
-Hang Tuah-

ukhwah fillah =) (UIA English Programme)


5eme : Sihat tubuh ba
dan

- hehehe..yg ni paling best!~klu kite xbersukan or bersenam la kn~,ape jd kt kite ek??
1st : obess

2nd : sakit pinggang
3rd : sakit halkum(eh ader ke?:p)
4th : sakit segale sakit..ish2..siannn ngko~

haha..byk jwpn nyer actually..pndi2 la korg pilih mane yg suite ngan korg..suite urself k!~haha..ish2..xleh2..kte kne main la!!~berjogging ke or pape ke..mengemop lantai ke~:p..hehe..cmne kte nk berdakwah klu badan kite sakit?n den mcm ne kite nk blaja klu otak xcerdas?..ha~nasihatku, PLAY HARD, WORK HARD, STUDY HARD, LIVE HARD, SLEEP HARD (amek amin's quote :p)!!~

6eme : Mampu berdikari

- yg ni pulak, kalau la korg dicampak mane2 jauh dri o
rg yg tersayangggg(family la~), ko bole survive x?hehehe..sbgi seorg muslim, travel merupakan salah satu medium kpd mereka untuk melihat keindahan ciptaan Ilahi..untuk melakukannya, ini senarai bhn2 n sukatan yg diperlukan :

4 jug kesyukuran
4.5 mug curiosity
3 sudu bsr keberanian
1 sudu bsr
perasaan takut
2 sudu bsr perasaan berwaspada
1 sudu kcil mentega kacang(
eh!?)
5 sudu bsr sgt2 duit..bli souvenir utk aku..hahahaha
n beberape cubit perasaan sayang pada alam =)
(ensemble, protegeons la nature!)

berdikari membwatkn dri kite lebih tabah apabila kite belajar dri pengalaman ssh n sng..sekaligus, meningkatkn daya saing dlm dri ini.. =)

juare futsal!~ =) (Wakcem FC)


7eme : Melawan nafsu serakah!

-Astagfirullah~melihatkn maksiat skang ni......jap,1 question utk korg sume..mengapa Allah menyatakn bahawa kita merupakan umat yg paling istimewa drpd umat2 yg sblm nyer??adakah sbb kte dok kt zaman moden?or sbb kte ader skyscrappers yg tinggi2?or sbb kte ader bilangan org yg sgt byk??.......jwpn nye~cuba antum sume imbas kmbali sirah2 nabi yg dulu..setiap kaum yg yg di'conduct' nabi2 pasti ader masing2 nyer bala@ujian dari Allah..cnth nyer :
nabi Musa = tentangan Firaun(mereka akhir nyer ditelan laut)
nabi Luth = kaum homoseks(dunia akhir
nya dterbalikkan)
nabi Salleh = kaum tsamud yg ingkar(halilintar n gempa bumi)

n cube kte tgk sume2 masalah ni..aderkn kt zaman skang ni?..jadi itulah yg dmksdkn dengan "keistimewaan"..pelikkn?..sbnr nyer,umat zaman skang(umat akhir zaman) menghadapi semua jenis masalah yg dahulunya dturunkn kpd kaum2 yg terdahulu..jadi, hanya org yg beriman shja yg dpt mengatasi sume2 masalah ni..so kite ni ISTIMEWA sekiranya kte berjaya mengawal nafsu n elak tipu daya syaitan =)


8eme : Sangat menjaga masa

- ngeh2~org melayu slalu kne cop lmbt..hehe..sian~ anyway,sentiasa menjaga masa merupakan 1 impression kpd org lain n dri kite sendri..mksd nyer, apabila kte melatih dri kte utk berdisiplin menjaga masa, pasti kte dapat bergerak dgn lebih efficient n also kte dpt memberikan tumpuan yg tinggi utk satu2 pekerjaan itu..manakala impression kpd org lain pula, xkn kte nk tgglkn dier tggu kte lame2?hormat la sket org lain incik oiii~



9eme : Tersusun urusan hal ehwal nyer

raf : wan!~ko da siap2 blom utk usrah ni??
wan : ha!!?..blom2!!aku nk g toilet jap..sakit peroottttt!!
tok arip : jap2 raf!!~aku tgh masak
afdzal : 5minit!!~aku tgh makan nihh!!
raf : haihhh~ank buah aku ni..pnt aku~isk3~ :'(

p/s : semua caracter adalah ciptaan semata2 ye...

hehehe..2 la dialog antare bbrpe ank usrah wit their naqeeb..klu la kte xtpt masa, mesti sume bnde lain2 tertangguhkn?so mcm dlm kes ni..si raf ni terpakse la menunggu ank buah nyer siap2..adoihhh..pembaziran mase!!!..pastu n den waktu usrah 2 berjalan, sah2 la abs lmbtkn??ha~tu la penyakit x rancang ape yg hendak dibwat..huhhh~

"gagal merancang adalah merancan
g untuk gagal!"

10eme : Bermanfaat kepada orang lain

-
setelah mempelajari sesuatu yg amat berharga, ape kate kite kongsi ilmu 2..ok jgkkn??hehehe..dpt bonus pahale sepanjang hayat tuuuu~~
bermanfaat kpd org lain adalah, kte memberikan kebaikan kpd org lain agar mereka bole menggunakan nyer untuk dri nyer..ader 1 kisah ni~>

"disatu kampung ni ader la sorg mamat pemalas gile..hehe..nk mkn pn kne srh org tlgkn..haiihhh..tiap2 ari dier pegi kt sungai yg berdekatan dgn sebuah ladang..lalu,dier pergi la jmpe peladang 2 utk mntk tlg pancingkn seekor ikan..den,pergi la peladang 2 menolong nyer sambil pemuda 2 melihat n menunggu ditepi pohon buah epal..apabila pemuda 2 dpt ikan nyer,dier trus berlalu n ucap trima kasih kpd pladang 2..begitu lah rutin nya tiap2 ari..punyer la malas mamat ni..ish3~n den..1 day dier wat la cm biase dier wat..mntk lagi ikan..sedang peladang tu tlg mamat 2,dtg seorg pemuda lain pulak..muke nyer cam org bijak..hahaha..lalu pemuda 2 pn berkata.."wahai peladang, mengapa ko menolong mamat ni tgkp ikan?"..peladang tu jwb.."aku menolongnya sahaja..xde sbb lain"..lalu,permuda tu berkata.."wahai peladang,sekira nya kamu menolongnya sahaja,nescaya dier xdpt mkn lagi sekiranya kamu mati suatu hari nnt..jadi,ajarlah dier cara menangkap ikan supaya dier boleh manfaatkn ilmu itu untuk drinya sehingga akhir hayatnya..."

so~kt situ kte nmpk betapa pentingnya kite bermanfaat kpd org lain..selain itu,kite dpt pahale sepanjang mane dier menggunakan ilmu yg kte ajar tu!~ =)



budak-budak zaman dlu(aku n adk 2nd)..baik jerrr :p

budak zmn skang nih!??hehe..nih adekku..tgh candid dri sendri..hehehe..well, dier ni pn baik jugak(cm abg2 nyer)~:p


okeh,sekian sahaja entry ana kali ni..harap antum semua dapat manfaatkn ilmu2 yg ana sampaikan..tegur ana sekira ader salah silap..terima kasih =)